Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran? Jawatan apa tu ?


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) ataupun dulunya dikenali sebagai Inspektor Kesihatan merupakan jawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia & beberapa Kementerian lain.


nama PPKP jarang dikenali masyarakat diluar namun sebenarnya  PPKP banyak bekerja di lapangan dan bertemu dengan masyarakat.

5 perkara tentang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran


1. Barisan hadapan pencegahan penyakit

PPKP merupakan antara barisan hadapan dalam mencegah dan mengawal penyakit agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Terdedah dengan penyakit berjangkit namun PPKP sentiasa siap menggalas tugas dengan sebaik mungkin untuk kesihatan masyarakat.


2. Lebih banyak bekerja di lapangan berbanding dalam pejabat

PPKP merupakan salah satu pekerjaan yang sangat menarik di mana kebanyakkan kerja akan dilakukan di lapangan dan tidak berada dalam pejabat sahaja. Bagi mereka yang suka untuk bekerja dalam situasi lapangan, jawatan PPKP merupakan antara jawatan yang sesuai.


3.Master of none

PPKP merupakan antara jawatan yang belajar banyak perkara termasuklah undang-undang, bidang ukur aras, penyakit, perkara berkaitan bangunan, teknologi makanan dan macam-macam lagi lahh. 


4. Pegawai pendakwa

PPKP juga merupakan pegawai pendakwa di Mahkamah apabila membawa kes-kes kesihatan awam. Berdepan dan berlawan dengan peguam bela merupakan salah satu tugas mencabar dalam jawatan ini. 


5. Penguatkuasaan

Haa, yang masyarakat selalu panggil "orang kesihatan" periksa kebersihan kedai makan, pantau orang merokok di kawasan larangan, periksa tempat pembiakan, haa itu PPKP lah tu. 



Sebenarnya banyak lagi tugas PPKP, tapi ni admin bagi pendedahan sikit supaya adik-adik diluar sana mungkin berminat untuk masuk dalam bidang ni boleh lah sambung belajar ambil kos Kesihatan Persekitaran.

Comments

Popular posts from this blog

Orang sabah ramai yang GILA.... perkara yang anda perlu tahu tentang orang sabah

1001 kenangan belajar dekat sarawak, HATI2 DENGAN GADIS-GADIS SARAWAK