Posts

Showing posts from 2019

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran? Jawatan apa tu ?

Image
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) ataupun dulunya dikenali sebagai Inspektor Kesihatan merupakan jawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia & beberapa Kementerian lain. nama PPKP jarang dikenali masyarakat diluar namun sebenarnya  PPKP banyak bekerja di lapangan dan bertemu dengan masyarakat. 5 perkara tentang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 1. Barisan hadapan pencegahan penyakit PPKP merupakan antara barisan hadapan dalam mencegah dan mengawal penyakit agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Terdedah dengan penyakit berjangkit namun PPKP sentiasa siap menggalas tugas dengan sebaik mungkin untuk kesihatan masyarakat. 2. Lebih banyak bekerja di lapangan berbanding dalam pejabat PPKP merupakan salah satu pekerjaan yang sangat menarik di mana kebanyakkan kerja akan dilakukan di lapangan dan tidak berada dalam pejabat sahaja. Bagi mereka yang suka untuk bekerja dalam situasi lapangan, jawatan PPKP merupakan ant

OI GAMAN ! Marsha Milan & Velvet Aduk memberi amaran kepada lelaki

Image
Nama yang tidak asing lagi di industri muzik iaitu Marsha Milan dan Velvet Aduk gandingan mantap yang popular dengan lagu Sumandak Sabah kini tampil memberi nasihat kepada kaum lelaki melalui lagu terbaru mereka  "Oi Gaman".  Lagu/lirik : Velvet Aduk Susunan muzik : Velvet Aduk Buli tahan sisik tapuk si gaman, Putungan gitar pinggang 24, Jaga jaga salah pilihan oi gaman, Muka cantik bukan semua menawan. Oh manisnya senyuman si ‘umandak, Tapuk tapuk sigup kudat dalam bibir, Odoi odoi odoi odoi kaa di gaman, Itu bukan masalah yang penting dia ori Oi gaman jangan kalang kabut mencari pasangan, Umur tidak akan menjadi halangan, Gaman jangan takut darah tinggi, Oi gaman kada kosusa ginawo cinta pasti, akan datang dengan sendiri, Gaman, daripada siang malam makan hati Lagu ini membawa mesej kepada kaum lelaki agar jangan terlalu mengejar pasangan hidup kerana takut kepada usia yang meningkat. Masa kini ramai remaja yang terlalu taksub untuk me

Orang sabah ramai yang GILA.... perkara yang anda perlu tahu tentang orang sabah

Image
1. Orang sabah terdiri daripada lebih 10 bangsa yang hidup harmoni bersama-sama. Di Sabah isu perkauman adalah sangat sedikit dan hampir tiada disebabkan oleh masyarakat Sabah mempercayai antara satu sama lain tanpa rasa takut dengan perbezaan kaum lain. Di sabah anda akan lihat 2 orang sekawan yang berbeza warna kulit dan agama makan dan minum di meja yang sama. Perbezaan antara kaum bukan lah suatu perkara yang sensitif bagi orang Sabah malah perkara  tersebut boleh menjadi suatu gurauan. 2.Saba h ramai yang gila . Semasa admin masih di bangku sekolah, terdapat guru dari semenanjung yang berkongsi pengalaman apabila kali pertama datang ke Sabah. Guru tersebut menyangkakan orang Sabah ramai yang mendapat penyakit gila kerana ramai orang yang tidak dikenali memberikan senyuman kepada guru tersebut. Setelah lama menetap lama di Sabah, guru tersebut menyadari orang Sabah sebenarnya bukan gila melainkan kaya dengan sikap mesra dengan sesiapa sahaja walaupun tidak dik