Posts

Showing posts from September, 2019

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran? Jawatan apa tu ?

Image
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) ataupun dulunya dikenali sebagai Inspektor Kesihatan merupakan jawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia & beberapa Kementerian lain. nama PPKP jarang dikenali masyarakat diluar namun sebenarnya  PPKP banyak bekerja di lapangan dan bertemu dengan masyarakat. 5 perkara tentang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 1. Barisan hadapan pencegahan penyakit PPKP merupakan antara barisan hadapan dalam mencegah dan mengawal penyakit agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Terdedah dengan penyakit berjangkit namun PPKP sentiasa siap menggalas tugas dengan sebaik mungkin untuk kesihatan masyarakat. 2. Lebih banyak bekerja di lapangan berbanding dalam pejabat PPKP merupakan salah satu pekerjaan yang sangat menarik di mana kebanyakkan kerja akan dilakukan di lapangan dan tidak berada dalam pejabat sahaja. Bagi mereka yang suka untuk bekerja dalam situasi lapangan, jawatan PPKP merupakan ant