1001 kenangan belajar dekat sarawak, HATI2 DENGAN GADIS-GADIS SARAWAK
Pengalaman belajar di sarawak
Dua tahun yang lalu, pertama kali admin menjejakkan kaki di bumi kenyalang. Perasaan masa tu bercampur baur, yalah baru first time pergi negeri orang, macam-macam dalam fikiran
Admin dapat tawaran menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kesihatan. Institut ni memang lama & sudah banyak menghasilkan graduan yang sudah berkhidmat untuk masyarakat. Mula-mula rasa macam malas mau pergi sebab selesa tinggal di negeri sendiri. Tidak ku sangka 2 tahun di institut ni & tinggal di bumi kenyalang ni banyak memberi pengalaman baru. cehhh haha.
Nak dijadikan cerita, admin pun masuk lah mendaftar di institut tu. Dalam fikiran mesti masuk ni ada orientasi yang membosankan. tak ku sangka 5 jam lepas mendaftar bermulalah satu pengalaman menarik. Haha
ORIENTASI-6 HARI
start jak masa orientasi, punyalah tegas Abang2 kakak2 senior, dengan muka yang garang & kakak senior yang comel2 pada mulanya tiba2 bertukar serius, lambat sikit kena "sound". Mula2 rasa benci betul dengan keadaan masa tu. hahah, dah lah nda boleh ketawa, nanti takut kena bagi "password"(Hadiah untuk mereka yang melanggar peraturan😂). Tapi lepas orientasi baru tahu kegunaan semua yang diberi masa orientasi tu, kenangan pahit manis pun tercipta masa tu. kalau yang pernah study dekat institut ni mesti kenal erti keindahan "kayuh ke bintang"😂. Bagi admin, ni antara orientasi yang memberi kesan baik pernah admin rasa.
MAKANAN AGAK MURAH (KUCHING)
selang beberapa minggu pergi lah admin jalan2 di sekitar kawasan bandar "orang sarawak panggil bandar - pasar". Pergi cuba makanan dekat kawasan2 kedai, makanan agak murah. Pernah admin makan nasi campur, lauk dah bertimbun nda sangka harga dapat rm5.50, start dari hari tu selalu lah kalau ada kesempatan mesti singgah kedai tu.
MEE KOLOK
kalau tinggal di sarawak ni wajib kenal nama Mee kolok ni, mee yang agak sukar ditemui di negeri lain (jarang ada). Harga mee ni sekitar rm4-5. Memang sedap weh, kalau pergi sarawak wajib cuba mee ni.
KEK LAPIS SARAWAK
Ni antara tarikan makanan yang ada di sarawak. Kek lapis ni memang special, walaupun ada di negeri lain tapi orang kata kek lapis sarawak ni yang sedap & original cuma boleh dapat di sarawak ni jak. Rasa kek ni memang sedap, special sikit.
HAL BERKAITAN KEAGAMAAN DI INSTITUT
Dekat institut ni admin langsung tidak sangka ada van khas setiap ahad untuk menghantar pelatih-pelatih kristian ke gereja (sebab admin beragama kristian) . Lepas tu persatuan keagamaan dekat sini diberi jam kredit untuk program persatuan tu. Memang best lah. Institut menyokong penuh pelatih untuk beribadah tidak kira Muslim or Non Muslim.
BAHASA
Duduk dekat Sarawak selama 2 tahun ni memang banyak dapat kawan dari pelbagai kaum di Sarawak ni. Dekat sini, majoriti semua kaum masih lagi menggunakan bahasa kaum mereka sendiri. Kalau iban jumpa iban mesti cakap iban. Macam tu juga macam kaum lain. best lah dengar mereka berbual walaupun nda faham, ikut ketawa jugak haha. Budak-budak pun masih lagi bercakap dalam bahasa mereka
GADIS-GADIS SARAWAK
kalau cerita pasal gadis-gadis sarawak ni, HATI-HATI TAKUT NANTI TAKNAK BALIK NEGERI SENDIRI SEBAB SEMUA CANTEK-CANTEK haha. Kalau pergi sini memang terpesona dengan keindahan penampilan dan budaya gadis-gadis sarawak yang sememangnya memikat hati
PENGALAMAN BERDIKARI
Sebab baru pertama kali merantau di negeri orang, admin rasa pengalaman dua tahun ni banyak mengajar untuk berdikari, hidup bersama budaya dari negeri lain dan memahami budaya mereka. Orang sarawak memang best2. Mungkin lepas ni jarang pergi sarawak lagi tapi kenangan dekat sarawak ni memang tidak akan dilupakan. Semoga berjumpa lagi Sarawakkk.❤
Admin keep in touch dgn sarawakian. So ada kesinambungan cerita😉
ReplyDeleteKalau ada kesempatan boleh jugakkkk
ReplyDeleteIsteri saya orang Sarawak.Cantik
ReplyDeleteWaah untungnyaa
Delete